Thursday, June 26, 2008

Cikgu Tadika

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan ?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan ?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

Kui! Kui!

* p/s: moral of the story……

Percayalah adanya Tuhan………Dia sentiasa melihat dan mengetahui apa yg anda lakukan……

Mengapa oh mengapa

MENGAPA OH MENGAPA?
Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?

Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?

Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?

Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?

Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!
Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas?

Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!

Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...
...tetapi selalu persoakan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul K-Karim?
Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!
.

Tuesday, June 24, 2008

Di Balik Cermin Mimpi

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Saturday, May 10, 2008

Pembelot Bangsa!!!


Pengerusi gerak, Ezam Mohd Nor mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melepaskan tangungjawab untuk membela orang Melayu sebagai agenda di dalam pencaturan politiknya.

Menegaskan demikian dalam wawancaranya dengan Siasah Ezam mengaskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah bertujuan untuk membela nasib orang melayu dan perlu dipertahankan. Tetapi kalau betul Anwar telah menggunakan pendekatan (menolak DEB) untuk menarik undi dari orang bukan melayu.

''Permainan politik yang sebegini bukanlah agenda bangsa dan negara. Parti Rakyat Keadilan sepatutnya meletakkan agenda kepentingan melayu sebagai perkara yang asas, tetapi pendapat saya ditentang dan Anwar Ibrahim tidak ”mempertahankan saya''
,kata beliau sambil mengakui memang ramai orang bukan melayu mengundi Pakatan Rakyat kerana Anwar menggunakan isu DEB akan dihapuskan.
Ditanya sama ada beliau ingin membina kembali hubungan dengan Anwar, Ezam berkata, " kini peluang itu dilihat semakin jauh kerana beliau menafikan melayu dan Islam sebagai asas politik".

Ketuanan Melayu Terancam..??

“Takkan Melayu hilang di dunia”

Wajarkah ayat itu disebut-sebut pada masa kini? Sedarkah kita sebagai Melayu generasi ini, hak2 istimewa kita semakin tergugat?

Isu terhangat kebelakangan ini, Karpal Singh telah mempersoalkan titah Sultan Perak seolah-olah memperkotak-katikkan kuasa Sultan. Sultan merupakan institusi yg tidak wajar dipertikaikan, lebih2 lagi oleh bangsa bukan Melayu. Tidak terbakarkah hati anda melihatkan maruah org Melayu dicabar?

Seterusnya, isu agama. Azlina binti Jailani atau Lina Joy, seorg wanita Islam telah dilahirkan dalam sebuah keluarga Melayu yang mengamalkan ajaran Islam. Tetapi dia mengaku tidak pernah mengamalkan Islam sejak 1990 dan dia telah pergi ke gereja setiap hari Ahad. Dia juga telah dibaptiskan pada 11 May 1998. Lina Joy telah menuntut utk menghapuskan status Islam pada MyKadnya. Akhirnya Mahkamah Persekutuan pada 30 Mei 2008 mengumumkan penghakiman secara majoriti 2-1 menolak rayuannya menurut Utusan Malaysia Online.
Baca artikel Utusan Online: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Baca dokumen rasmi Badan Peguam Malaysia tentang isu Lina Joy:
http://www.malaysianbar.org.my/selected_judgements/lina_joy_v_majlis_agama_islam_wilayah_persekutuan_2_ors_2005_ca.html

Tanah org Melayu juga menjadi buruan bangsa bukan Melayu. Contoh paling ketara ialah teori usaha pembersihan etnik atau “ethnic cleansing” melalui projek penternakan babi di Sepang, Selangor. Projek ini dianggarkan bernilai lebih RM100juta. Melihat daripada sudut keadaan Sepang sekarang ini yang sedang membangun, projek MEGA ini bakal menyekat pembangunan yang sedang rancak atau drastik sekarang ini berlaku di Sepang serta kawasan sekitarnya. Jika projek ini dilaksanakan oleh kerajaan negeri kita takut apa akan jadi dengan beberapa pembangunan yang akan dijalankan serta yang telah dibuat di kawasan itu.

Sedarlah wahai Melayu..

Takkan Melayu Hilang Di Dunia


Ulam tepus bersambal cuka
Kuah kuhirup dengan rakus
Biar mampus merebut pusaka
Dari hidup bergelar dayus

Cik Mas Ayu menyusun galah
Galah disusun diperdu getah
Pantang Melayu mengaku kalah
Membujur lalu melintang patah

Datuk Hang Tuah pahlawan berani
Gagah Perkasa mahsyur terbilang
Biar darah tumpah ke bumi
Martabat bangsa tetap dijulang

Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang di kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

Kayu gaharu buah berangan
Tanam sejengkal tumbuh bertaut
Maruah Melayu tergadai jangan
Berpantang ajal sebelum maut